Thursday 21 June 2012

7 golongan dilindungi Allah


7 Golongan dilindungi Allah..
Hadis sahih Bukhari ,daripada Abu Hurairah ra,dari Nabi saw,baginda bersabda:
Tujuh golongan dilindungi Allah SWT dibawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan lain selain lindungan-Nya.
1.      Imam(pemimpin)yang adil.
2.      Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
3.      Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitiskan air matanya.
4.      Orang yang hatinya tergantung pada masjid.
5.      Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
6.      Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik,tetapi dia mengatakan “Aku takutkan Allah”.
7.      Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.Semoga terbuka hati kita untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT..

No comments:

Post a Comment