Thursday 21 June 2012

Tatkala tuhan mencipta manusia


Tatkala tuhan mencipta manusia..
Al-quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah S.W.T yakni Adam ‘alaihisalam(as),dalam surah Al-Baqarah,ayat 30-38.
   Dan ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi;”mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.-(30)-
    Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya,kemudian ditunjukkan kepada malaikat,lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepada Aku nam benda-benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar.”-(31)-
    Malaikat berkata,“Mahasuci Engkau,kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana.”-(32)-
    Allah berfirman, “Wahai Adam,terangkanlah semua nama benda-benda itu kepada mereka,Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakana kepada kamu bahawa Aku mengethui segala rahsia langit dan bumi,dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”-(33)-
     Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah kepada Adam.”lalu mereka semua tunduk memberi hormat melainkan iblis.Dia enggan dan takbur.dan jadilah dia dari golongan yang kafir.”-(34)-
     Dan Kami berfirman: ‘Wahai Adam,tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah apa sahaj yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini;(jika kamu hampiri)maka akan jadilah kamu dari gologan orang yang zalim.”-(35)-
   Setelah itu syaitan menggelincirka mereka berduadari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat  yang mereka berada didalamnya,dan Kami berfirman: “Turunlah kamu,sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain,dan bagi kamu disediakan tempat kediaman dibumi,serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa.”-(36)-
     Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat,lau Allah menerima taubatnya.Sesungguhnya Allah,Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani.-(37)-
Kami berfirman” “Turunlah kamu semua dari syurga itu!Kemudian jika dating kepadamu petunjuk dari-Ku,maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak berduka.”-(38)


No comments:

Post a Comment