Thursday 21 June 2012

Yusuf memilih penjara


Yusuf memilh penjara..
   Assalamualaikum semua.Tahukah anda bahawa kisah Nabi Yusuf alaihisalam(as)mendapat tempat istimewa dalam Al-Quran.Ada surah sepanjang iii ayat dinamakan “Surah Yusuf” khas menceritakan kisahnya.
    Dipintu mahligainya,Zulaikha menyambut para tetamunya dengan ramah mesra.Dia mempersilakan mereka mengambil tempat duduk masing-masing seperti yang telah disediakannya iaitu kerusi-kerusi santai yang mewah.Buah-buahan segar seperti epaldan manga sedia terhidang di atas meja.
    Apabila semua tetamu telah duduk,khadam pun dating dengan penuh beradab,memberikan mereka sebilah pisau setiap orang.Pisau-pisau itu semuanya tajam berkilat,kerana telah diasah khas untuk tujuan itu.Lalu Zulaikha pun mempersilakan mereka menikmati hidangan,dengan menggunakan pisau istimewa itu.
    Ketika pisau sudah ditangan,saat itulah Zulaikha menyuruh Yusuf keluar memperlihatkan dirinya kepada para tetamu.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Yusuf.Mereka terpegun,terpesona dan terpukau dengan suatu keajaiban ciptaan Tuhan.Belum pernah mereka melihat sesuatu yang cantik dan indah seperti itu sebelum ini.
    Tanpa mereka sedari pisau yang tajam di tangan telah menghiris jari-jari dan tangan mereka sendiri.Mereka sangkakan memotong buah,padahal memotong jari-jari sendiri.Darah menitik memerahi lantai,namun mereka tida terasa pun sakitnya.
    “Haasya lillahi,Ma haazaa basyaran,in haazaa ilaa malaku kariim.”Begitulah mereka berkata(seperti yang disebut dalam surah Yusuf,hujung ayat-31),dalam keadaan mereka ternganga dan seperti kebengongan.Kata-kata mereka itu bermaksud: “Maha suci Allah,ini bukannya manusia.Ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia.”
    Manusia tidak ada yang secantik itu,fikir mereka.Begitulah hebatnya Nabi Yusuf-lelaki yang kacak,tampan,handsome,cantik,macho.
    “Hey,hey,hey!Apa semua ni?Tangan semua berdarah-darah ni apasal?Ha?Cik pua,apasal ni?Berdarah-darah tangang ni kenapa?”Zulaikha pura-pura bertanya,menunjukkan seolah-olah dia terkejut melihat keadaan tetamunya.
   “Eh eh,saya terpotong jari saya.Ya Allah sakitnya,pedihnya aduiii….tolong….”Mereka baru tersedar apabila ditegur.Waktu itu barulah mereka terasa sakitnya jari atau tangan yang dihiris pisau.
    Suasana menjadi riuh-rendah dan kelam kabut oleh jeritan dan raunga kesakitan dan meminta tolong,Yusuf segera meninggalkan tempat itu.Maka ada juga wanita yang memanggil-manggil namanya,meminta supaya dia terus duduk bersama mereka.
    “Zulaikha,suruhlah Yusuf dating.Belum puas kami memandang dia.Panggillah dia,Zulaikha.”kedengaran seseorang merayu kepada Zulaikha.
    “Ooo….sekarang baru kau orang semua tahu ya,siapa dia Yusuf.Sebelum ini kau orang semua mengumpat aku,mengata aku macam-macam-tergila-gilakan hamba sendirilah,itulah,inilah.Ha,sekarang siapa yang tergila-gilakan sampai terpotong jaru sendiri pun tak sedar?”Zulaikha memulangkan paku buah keras kepada mereka.
    “Ha,ini jari siapa ni?”Tanya Zulaikha apabila dia terpandang ada sepuntun jari yang putus tergeletak di atas lantai.
    “Eeh itu jari saya,jari saya!”jerit seorang tetamu lalu menerpa dan menyambar pun tung jari yang tergeletak di atas lantai itu.
    Dalam suasana yang kelam kabut dan lintang pukang itu,Zulaikha meminta perhatian para tetamunya supaya mendengar penjelasan yang hendak dibuatnya.
     “Cik puan-cik puan sekalian,”katanya. “Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir menerima jemputan saya.Saya tahu ramai yang mengumpat berkata saya macam-macam.Pedih juga hati saya mendapat tahu begitu.Tapi saya faham mengapa puan-puan semua berkata begitu.Sebab puan-puan semua belum pernah bertemu dengan Yusuf.Itulah sebabnya saya jemput puan-puan ke mari.Supaya puan-puan dapat tengok dia dengan mata sendiri.Setelah puan-puan tengok dia tadi,apa macam?”
    “Cantik!Cantik sangat-sangat.”Kedengaran mereka memuji kecantikan Yusuf.Dan ada yang berkata: “Tak puas.Nak lagi.Panggillah dia datang lagi.”
    Tetapi Zulaikha menjawab mereka begini: “Cukup!Sekarang saya nak beritahu kamu semua-memang saya sukakan dia.Memang aku jatuh cinta dengan Yusuf.Aku ndakkan dia.Tetapi dia berkeras tidak mahu ikut kemahuan aku.Tak apa.Aku tahu apa yang akan aku buat.Kalau dia berkeras lagi,penjaralah tempat dia.Biar dia rasa betapa hinanya diri dia,kerana tidak amhu mengikut keinginan aku.”
    Malam itu ketika melihat tetamunya pulang,Zulaikha berasa sangat puas.Apa yang terbuku dihatinya selama ini telahpun dilepaskannya.Dia berasa sungguh lega dan puas.Tetapi lain pula dengan Yusuf.
    Yusuf kini terdesak.Selepas peristiwa di majlis keraian itu,semakin ramai wanita yang berminat dengannya.Seripa hari ada sahaja yang datang mengganggunya,bahkan ada yang mengajaknya berkahwin.Keadaan ini sangat merimaskannya.Dia bimbang kalau-kalau akan terjebak dalam perangkap syaitan tanpa dia menyedarinya.
    Yusuf benar-benar rasa terdesak.Jadi,apakah pilihannya?
    Sebagai seorang Nabi yang sentuasa memelihara hatinya agr tidak melupai Allah ,pilihan Yusuf hanyalah satu iaitu mengadu kepada Allah..Yusuf mengadu kepada Allah(surah Yusuf ayat 33)begini:
    Tuhanku,aku lebih suka penjara daripada mengikut kehendak mereka.Namun jika engkau tidak jauhkan aku dari godaan mereka,nescaya rebahlah aku kepada mereka,dan jadilah aku termasuk golongan orang-orang jahil.”
    Yusuf memilih penjara,dan menolak asamara.Dengan pilihannya yang bijak ini,dia sekali lagi Berjaya menghadapi ujian dalam hidupnya.
    Teman-teman sekalian,Allah mendengar doa dan aduan hamba-Nya yang ikhlas.Dia memperkenankan doa Nabi Yusuf,lalu menjauhkannya dari godaan para wanita yang terpedayta oleh syaitan itu.Yusuf dipenjarakan.
Jumpa lagi…
    

No comments:

Post a Comment